ECA Facebook

 
国文学会 (Persatuan Bahasa Malaysia)
 
修正日期:09/09/2017
 
        Persatuan Bahasa Malaysia merupakan persatuan yang bergerak aktif menjalankan pelbagai aktiviti, persatuan ini juga mempunyai keahlian seramai 45 orang pada tahun 2016. Manakala, guru pembimbing pula seramai 4 orang.
  1. Puan Haslinda Haji Hami
  2. Puan Siti Hawa Ezan
  3. Puan Idayu Kamaruzaman
  4. Cik Pramilaa A/L Paramasivan

Persatuan ini telah menjalankan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
  1. Jamuan ringan
  2. Membuat kad
  3. Anyaman
  4. Kolaj
  5. Kraftangan
  6. Rombongan
  7.Pertandingan sempena bulan bahasa

Tujuan aktiviti-aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar dengan kebudayaan dan permainan masyarakat melayu. Tujuan lain adalah untuk mengeratkan hubungan antara guru dengan murid-murid. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Sabtu dalam waktu ECA.

Selain aktiviti-aktiviti persatuan, persatuan ini juga telah menjalankan pertandingan pada peringkat sekolah seperti deklamasi puisi, syarahan, mengarang dan bercerita. Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari wakil-wakil negeri mahupun kebangsaan. Perkara ini dapat dibuktikan dengan beberapa kemenangan yang telah diperoleh dalam pertandingan pada peringkat kebangsaan seperti tempat kedua dalam pertandingan puisi, tempat ketiga dalam acara koir dan tempat pertama untuk syarahan.

Persatuan ini sangat berharap agar para pelajar menyertai dan mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan bagi memupuk minat terhadap bahasa kebangsaan negara kita.

 

SEKOLAH MENENGAH POI LAM (SUWA)
Lot No:18274 Jln Simpang Pulai, Pengkalan, 31500 Lahat, Perak, Malaysia.
Tel: 05-3218120、3215289 Fax: 05-3217023
Copyright (c) 2000 - 2018 Poi Lam High School all rights reserved.
Please send comments to
poilam@poilam.edu.my